Sultan Johor

Sultan Yang di-Pertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim
Wilayah/Negeri
Penjawat kini
Sultan Ibrahim III
sejak 23 Januari 2010
Kemahkotaan 23 Mac 2015
Butiran
Pewaris takhta
  1. Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim
    Tunku Mahkota Johor
  2. Tunku Iskandar ibni Tunku Ismail
    Raja Muda Johor
Penyandang pertama
  1. Sultan Alauddin Riayat Shah II
    Sultan Johor pertama, Wangsa Melaka-Johor
  2. Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV
    Sultan Johor pertama, Wangsa Bendahara
  3. Temenggung Tun Daeng Ibrahim I
    Temenggung Johor pertama menjadi Pemerintah Johor, Wangsa Temenggung
  4. Maharaja
    Abu Bakar I

    Maharaja Johor pertama, Wangsa Temenggung
  5. Sultan Sir
    Abu Bakar I

    Sultan Johor pertama, Wangsa Temenggung
Pembentukan1528 (1528)
PersemayamanIstana Bukit Serene, Johor Bahru
Panji peribadi Sultan Johor

Sultan Johor (Jawi: سلطان جوهر) ialah jawatan warisan dan raja pemerintah negeri Johor di Malaysia. Pada zaman dahulu, Sultan memiliki kuasa mutlak dan dinasihati oleh Bendahara. Pada zaman sekarang, peranan Bendahara Johor diambil alih oleh Menteri Besar Johor.

Gelaran rasmi bagi Sultan Johor ialah "Duli Yang Maha Mulia Sultan Yang di-Pertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim" (Jawi: سلطان يڠ دڤرتوان باڬي نڬري دان ججهن تعلوق جوهر دارالتعظيم)


Developed by StudentB